TULAR di media sosial anak Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang bekerja untuk Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Speaker menolak hasrat pembangkang untuk mengheret Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Penolakan usul oleh Speaker menimbulkan ketegangan kerana dilihatkan mempunyai  ‘conflict of interest’ atau konflik kepentingan dengan Guan Eng tetapi dinafikan speaker.

Namun setelah diasak pembangkang, Speaker akhirnya bersetuju bahawa Guan Eng merupakan majikan anaknya.

Speaker mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada mempengerusikan usul semula hasrat pembangkang untuk mengheret Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Wee Ka Siong dalam satu kenyataan di Facebook beliau turut menyelar ketidaktanggungjawaban Guan Eng, dan menyifatkan speaker juga telah menjejaskan kredibilitinya sebagai Speaker Dewan Negara.

“Kasihan Speaker, sampai kredibiliti beliau terjejas,” tulisnya.

Wee turut menegaskan Guan Eng harus meminta maaf, ekoran pembohongannya yang menyatakan Barisan Nasional telah merompak hasil kutipan GST, tetapi laporan PAC berkata sebaliknya.

“Kalau bos anak Speaker iaitu Guan Eng sudi memohon maaf serta menarik balik dakwaan perompak, habis cerita! Tapi Guan Eng tetap angkuh,” tambah Wee.

Mohamad Ariff merupakan mantan Hakim Mahkamah Rayuan dan pernah menyertai PAN sehingga 2018. – NTHQiBORD 19 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.