NAMPAKNYA harapan anak muda mahukan pendidikan percuma sudah hancur.

Ingatkan di bawah Pakatan Harapan, dapatlah anak muda merasa nikmat pendidikan percuma seperti dilaung-laungkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Jangankan percuma, kurangkan yuran pun tidak. Malah yuran jadi makin mahal lagi.

Terbaru, surat pekeliling Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tersebar di media sosial menunjukkan kenaikan yuran semester institut pengajian itu.

Menurut surat itu bertarikh 14 Julai itu, pelajar dimaklumkan tentang kenaikan yuran perkhidmatan universiti bermula semester 2 bagi sesi 2019/2020.

Keputusan menaikkan yuran itu diluluskan oleh Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah yang diadakan pada 18 Jun lalu.

Menerusi lampiran A surat itu, UTM menyatakan kenaikan yuran lebih 100% bagi pelajar tempatan manakala kenaikan hampir 50% bagi pelajar antarabangsa untuk program sarjana muda.

Sebagai contoh, pelajar bidang kejuruteraan perlu membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM700 bagi semester baharu berbanding RM329 sebelum ini.

Bagi program sarjana, kenaikan juga mencatatkan tidak lebih 50% bagi kedua-dua kategori pelajar di UTM.

Isu kenaikan yuran itu turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menerusi Twitter mengecam tindakan kerajaan PH yang kononnya mahu perjuangkan pendidikan percuma.

“Sebelum menang, kuat sembang.

“Pendidikan patut percuma. PTPTN mansuh. Kata nak berjuang untuk anak muda.

“Nampak sangat semua sembang kosong tipu rakyat.

“Yuran perkhidmatan setiap semester yang dikutip universiti senyap-senyap naik lebih 100%.

“Lepas naik. PH membisu pula,” katanya. – NTHQiBord, 19 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Kat sekolah kebangsaan.
    Pekerja pembersihan dari 10 org sekarang tinggal 4 org setiap sekolah.
    Sekuriti malam dari 2 org dikurangkan 1 org.
    Cctv dihentikan.
    Bantuan utk sekolah kluster kecemerlangan daj dihentikan.
    Sementara kutipan yuran pibg merosot akibat keadaan kewangan ibubapa yg terjejas.
    Kalau beginilah keadaannya.
    Apakah yg mahu diharapkan lagi pada kerajaan ini…..
    Sebagai penyokong dan ahli parti pemerintah, rasa2 nya berdosa jika kita memberikan sokongan/undi pada pru 15 nnti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.