KELMARIN, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengetahui tentang derma Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu didedahkan oleh saksi ke-50 kes SRC International Sdn Bhd, Cheah Tek Kuang yang merupakan bekas Pengarah Urusan AmBank.

Kebenaran tentang derma Arab itu dikukuhkan lagi apabila mahkamah ditunjukkan dua salinan surat rasmi dari Riyadh yang membuktikan Najib menerima derma sebanyak AS$100 juta dan AS$375 juta pada 2011.

Dalam surat pertama bertarikh 1 Februari 2011, Arab Saudi mengesahkan derma sebanyak AS$100 juta atau RM306.15 juta mengikut kadar tukaran asing pada waktu itu.

Manakala surat kedua pula bertarikh 1 November 2011 menunjukkan Najib menerima derma Arab sebanyak AS$375 juta atau RM1.17 bilion mengikut kadar tukaran asing pada waktu itu.

Zeti sedia maklum tentang kedua-dua surat itu apabila ditunjukkan oleh Tek Kuang.

Dalam keterangan semalam, Tek Kuang berkata beliau menerima kedua-dua salinan surat itu daripada pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Gu Ping.

“Selepas menerima surat itu, saya menyerahkannya kepada Tan Sri Zeti,” kata Tek Kuang kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Isu derma Arab dimainkan sebagai dana haram oleh pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) walaupun Najib berulang kali mengatakan wang itu merupakan derma, bukannya hasil aktiviti haram.

Sepanjang isu derma itu berlegar sehingga ke hari ini, Zeti tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan wang tersebut sebagai derma daripada Arab Saudi.

Walhal, beliau sudah dimaklumkan tentang pemberian wang tersebut dan menerima surat daripada Arab Saudi yang mengesahkan duit itu sebagai derma kepada Najib bagi menghadapi PRU13 pada 2013.

Bukankah sepatutnya beliau sebagai Gabenor BNM pada ketika itu wajar tampil memberi penjelasan tentang isu derma tersebut? – NTHQiBord, 19 Julai 2019.

32 COMMENTS

  1. Mengapa senyap macai2 ph..kn ini isu yg ko org suka gembar gemburkn dlu..ooii keparat gapa senyappp..

  2. dia yang bagi 𝐚𝐩𝐩𝐫𝐨𝐯𝐚𝐥…. dia yang patut 𝐛𝐞 𝐡𝐞𝐥𝐝 𝐚𝐧𝐬𝐰𝐞𝐫𝐚𝐛𝐥𝐞 ! She must be arrested for her silence and for obstructing justice

  3. Kalau benar wang derma, kenapa masa mula mula dibongkar, Najib nafikan? Nafikan wujud akaun itu, nafikan ada wang masuk dalam akaun. Dan kalau betul derma, kenapa kena pulang kan? Sejarah tu kalau derma sudah ditawarkan, diterima, dan kemudian dipulangkan….

  4. emmm kalau nak sebut wang dema ya memang wang derma, bukan nafi tapi salah satu rasia kerjaan, mcm puak2 PH sama jugak nafi menerima dana IRI bagi tujuan menjatuhkan BN sebelum PRU 14. Walhal satu dunia tahu dengan kenyataan Twinning. Kenapa pulangkan? tu soalan rasanya dah terjawab. jika tak pulangkan nanti senaglah kerjaan Baru rampas ambik, guna bukan (masalah penggunaan dan aliran tak dijelaskan – menjadi tanda tanya kemana aliran Wang terkumpul dari petronas+Pinjaman dengan Cina dan JEpun(bond)+penjualan Aset negara+penjualan saham2 syarikat GLC+ refund GST+Tol+dll) kemudian kita lihat apa yang dikurangakn seperti bantuan+projek2 kerajaan+analisa pentadbiran??di sini menjadi tanda tanya alirannya sedangkan hutang bertambah.?satu lagi sedangkan duit peribadi DSN pon kerjaan ambik, tak termasuk 1MDB yang di pulangkan balik. memang patut dipulangkan ika kewangan berkenaan akan menimbulkan ketegangan atau masalah dalam negara tidak kiralah jika ianya bertujuan baik.

  5. Hmmm jawablah nanti ye… Disebabkan masalah peribadi Dr. M DGN NAJIB habis semua fitnah. Besok jawablah diakhirat yg fitnah memfitnah..

  6. Zety tidak mengaku yg dia didesak oleh Pegawai Pejabat PERDANA MENTERI untuk mengakui ‘Sedia Maklum’ tentang Derma dari Arab Saudi sedang keterangan Saksi 49 & 50 mengatakan Zety telah diberitahu sebelum Wang itu dimasukkan dan setelah Wang itu diterima!!!
    Wang SRC yg dirahsiakan urusan keluar masuk dari sampai kepengetahuan DSNR tidak mungkin terlepas pandang dari BNM sebab jumlah transaksi bernilai mencecah Puluhan Juta kalau tak Ratusan Juta.
    Keterangan SAKSI menunjukkan komplot yg diketuai sendiri oleh Jho Low dan sengaja dipermudahkan oleh Zety untuk menjalankan agenda MAD-dey!!!

  7. Dasyat mainan dunia utk berkuasa .konspirasi menjatuhkan Najib bergerak dari dalam kerajaan itu sendiri.ramai jadi gunting dalam selimut demi menjatuhkan seseorang pemimpin.rasanya dimana2 adalah sama.penyokong talam dua muka. sentiasa ada.

  8. Ko la gebenor BNM paling celaka dlm sejarah Malaysia. Moga 1 hari nanti kami rakyat Malaysia menerima berita ko mati terjun bangunan.. x sempat mengucap.. puihhh!

  9. Wahai macai bongok sekalian.. baca fakta ni, jgn dok pamer sangat bangang tu cai.. merapu ja penjilat tegar Najis BOOSKU bodo ni..😂

    DERMA PAK ARAB USD 681 JUTA = RM 2.6 BILLIONS IN 2013

    HEBOH SATU NEGARA macai UMNO pertahankan Najib… Konon2nya bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menipu kerana menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau menyedari kewujudan dana derma Pak Arab RM 2.6 bilion dalam akaun Najib itu setelah mahkamah ditunjukkan dua salinan surat rasmi dari Riyadh yang membuktikan Najib menerima derma sebanyak AS$ 100 juta dan AS$ 375 juta pada 2011 semasa perbicaraan kes SRC.

    KANTOI LAGI NAJIB:
    Tahu kaa tak yang Tan Sri Zeti nafikan itu adalah derma skandal Pak Arab RM 2.6 bilion yg masuk ke akaun Najib pada tahun 2013.

    BUKANNYA derma Arab pada tahun 2011!!!

    DERMA ARAB pada tahun 2011 dgn derma RM 2.6 bilion pada tahun 2013 adalah derma yang berbeza.

    1) FAKTA derma 2011 (AS$ 475 juta / RM 1.47 bilion) pada 1 Februari 2011.

    2) FAKTA derma 2013, sebelum PRU-13 (AS$ 681 juta / RM 2.6 bilion) pada 21 Mac 2013 & 25 Mac 2013.

    SEKALI LAGI NAJIB TOLONG BUKA PEKUNGNYA SENDIRI!!!

    Kebodohan @Najibrazak https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156249944010952

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.