SERANGAN terhadap Tun Mahathir Mohamad sudah dimulakan.

Satu kain rentang mendesak Tun Mahathir meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dipasang dipercayai di Port Dickson.

Bukan satu kebetulan. Kain rentang itu dipasang ketika Tun Mahathir hadir berucap ke ‘retreat’ PKR di Port Dickson.

Nampaknya sudah ada pihak mahu menekan Tun Mahathir agar cepat merealiasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Mahathir letak jawatan. Serah kuasa negara kepada Anwar.”

Itu mesej ringkas yang disampaikan untuk Tun Mahathir.

Siapa punya kerja?

Jawapan mudah. Mesti orang UMNO. – 19 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.