INI kata-kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador

Iaitu video perlakuan songsang yang dikatakan melibatkan seorang menteri itu sebenarnya adalah satu perancangan jahat dari pihak atasan.

Mungkinkah ini lantaran perebutan untuk mengisi jawatan PM yang khabarnya akan dilepaskan oleh Tun Dr Mahathir bila tiba masanya.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan yang beliau lah bakal PM itu. Ini walaupun ada pihak dalam PH yang menyatakan tiada perjanjian sedemikian.

Dalam pada itu atas sebab-sebab yang hanya pihak terlibat mengerti, nama Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali turut dilontarkan bakal dinobatkan PM ke-8.

Bila naik nama Azmin maka murka dan tersinggunglah pihak yang sudah isytihar haknya.

Tetapi tergamakkah kerana cita-cita merangkul kuasa, maka dirancang pelan menjatuhkan pencabar dengan apa cara sekalipun termasuk mengaibkan orang berkenaan?

Siapakah perancang jahat ini?

Kata KPN ia dirancang dari “high up” maknanya peringkat tertinggi.

Mustahil Tun, kerana Tun lah antara yang berkenan dan berminat untuk menaikkan Azmin hatta sanggup mempertahankan anak emasnya itu pada saat genting ini

Jadi siapa?

Yang kita tahu tertangkap untuk bantu siasatan setakat ini ramai antaranya Setiusaha Politik (Setpol) Anwar.

Mungkinkah tertangkapnya Setpol ini boleh beri tanda-tanda pada kita siapa “high up” yang dimaksudkan itu?

Makin serabut politik Malaysia. Kotor dan dikotorkan oleh mereka yang kemaruk dan gila kuasa.

Apakah ada tangkapan lagi selepas ini?

Mungkinkah si “high up” turut akan tertangkap kerana beliau dalang sebenarnya?

Mari kita sama-sama tunggu siapa bakal PM dan siapa bakal penghuni Sungai Buloh (sekali lagi?). – 19 Julai 2019

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.