POLEMIK yang melanda Umno setelah Nazri Aziz mengkritik pelantikan Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional terus menjadi perdebatan.

Lebih panas, beliau juga mengakui menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri meskipun berlainan parti.

Walaupun kritikan dan keyakinan Nazri sering bernada tajam dalam menyuarakan sokongan kepada Anwar, sehingga hari ini tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadap beliau.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Hj Abdul Rahman Dahlan ketika di temubual NTHQibord, turut mengulas dan bersependapat Nazri bebas dalam menyuarakan apa sahaja pendapatnya dalam politik.

“Umno meraikan perbezaan pandangan. Kalau dia kata dia sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, saya kira dia bercakap tentang pendiriannya sendiri sebagai Ahli Parlimen,” kata Rahman.

“Nazri Aziz orang lama..dia veteran. Dia tahu apa dia cakap,” tambah Rahman.

Rahman turut menjelaskan di peringkat tertinggi Umno tidak memutuskan sama ada parti itu menyokong Mahathir dan Anwar sebagai perdana menteri, serta tidak pernah berbincang mengenai hal tersebut.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Nazri kerana bersependapat Nazri tidak melanggar disiplin parti.

Ismail Sabri juga dalam satu kenyataannya, Umno tidak sesekali akan memecat ahli yang lantang bersuara kerana Umno sentiasa bersikap terbuka.

Kenyataan Rahman yang menyambut baik keputusan Annuar Musa dan Ismail Sabri menunjukkan penanda aras baru Umno yang semakin matang dalam menguruskan tekanan politik.

Umno sebelum memecat beberapa pemimpin tertinggi sehingga mereka menubuhkan parti sendiri (Bersatu) untuk mengalahkan Umno.

Akibat dari itu, orang Melayu berpecah kepada 6 bahagian dan membawa kepada kekalahan Umno pada PRU14 kerana suku dari orang Melayu, meninggalkan Umno. – NTHQiBORD 18 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.