“Apa sudah jadi dengan sistem keadilan negara ini?”

Itu persoalan yang dilontarkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengenai insiden pembantu rumah yang mendakwa dirogol majikannya yang juga seorang exco di Perak.

Menurut Zahida, atas laporan yang dibuat mangsa suspek telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Lagak seperti ‘abang besar’ rakan suspek yang juga Ahli Parlimen DAP Kepong pertikai penahanan polis yang tak sampai pun satu hari.

“Media melaporkan suspek jalani tugas seperti biasa, bebas bergerak ke sana sini seperti tiada apa yang berlaku.

“Suspek rogol boleh ke sana sini seolah-olah kebal daripada undang-undang,” katanya.

Zahida turut membidas adakah kerana DAP sudah berkuasa dan mereka boleh buat apa sahaja.

Tambahnya, apa pula nasib dan pembelaan kepada kaum wanita yang menjadi mangsa rogol tempoh hari.

“Ada rakan di Indonesia bertanya kepada saya, Yang Berhormat dan Menteri di Malaysia memang gila seks ke?”

“Sekarang nama Malaysia kembali disebut sebut oleh media negara jiran, dengan pelbagai gelaran yang memalukan,” katanya. – 19 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.