NAMPAKNYA harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri tertangguh lagi.

Ini kerana ada sokongan daripada pembangkang agar Tun Mahathir Mohamad meneruskan kepimpinan sehingga tamat penggal, sekali gus menutup ruang untuk Anwar menjadi perdana menteri dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan kewajaran untuk Tun Mahathir berbuat demikian.

Beliau berpendapat peralihan kuasa yang dibuat secara tergesa-gesa dan terlalu awal boleh memberi kesan buruk kepada negara serta rakyat.

“Kita juga melihat kepada situasi perdana menteri sekarang tidak mungkin melepaskan jawatan itu kepada penggantinya dalam masa terdekat kerana banyak janji yang belum ditunaikan,” katanya.

Isu peralihan kuasa antara Anwar dan Tun Mahathir menjadi perbualan rakyat sejak Pakatan Harapan memerintah negara ini.

Peralihan itu merupakan antara satu janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dan Anwar sentiasa yakin bahawa Tun Mahathir akan menunaikan janji tersebut.

Namun tiada tempoh yang ditetapkan oleh Tun Mahathir untuk menyerahkan kuasanya kepada Anwar, menyebabkan penyokong Presiden PKR itu sudah mula mendesak agar Pengerusi Bersatu itu melepaskan jawatan.

Semalam, ketika Tun Mahathir hadir ke ‘retreat’ PKR di Port Dickson, ada kain rentang dipasang untuk mendesak perdana menteri itu menyerahkan kuasa kepada Anwar. –  20 Julai 2019.

2 COMMENTS

  1. Knp ada kain rentang desak madey lps jawatan?. X kan bang non x tau kot atau abg non restu pasang kain rentang tu?. Abg non mmg terkenal dgn gaya baling batu sembunyi tgn.

  2. Yg nak Tun M lepas jawatan tu siapa?
    Cuba tunjukkan kejantanan sebagaimana YB Sani & YB Sg Petani.
    Tapi alasan nya apa?
    Apakah anwar lebih baik, berpengalaman & berpengaruh dari Tun?
    Ini yg perlu diterangkan oleh mereka yg mahu Tun berundur.
    Kalau setakat nak duduk kerusi PM, lepas tu rakyat semakin terbeban, LUPA KAN SAJA LAH.
    lebih baik jaga parti.
    Bantu Tun M sebagai PM & jadi TPM sehingga negara dapat berjalan dgn baik.
    Rakyat pun rasa diri lebih makmur & selamat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.