PERDANA Menteri, Tun Mahathir Mohamad memang pandai bermain helah dalam melaksanakan konsep ‘divide and rule’ (pecah dan perintah).

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Suraya Yaakob berkata, ia terbukti dengan kepakaran Pengerusi Bersatu dalam memecahbelahkan sesebuah parti.

“Saya nak mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir, dia memang hebat memecahbelahkan parti,” katanya kepada NTHQiBord.

Menurut Suraya, Mahathir pernah mencuba untuk porak perandakan UMNO namun tidak berjaya.

Oleh itu katanya, Mahathir mencuba pula ke atas parti PKR dan ternyata helah sama yang digunakan oleh beliau dulu berjaya.

“Dia cuba memecahbelahkan UMNO tapi nasib baik parti ini ada sokongan akar umbi yang begitu kuat dan baik.

“Untuk PKR ni, dia memang kenalah dengan topik tu, topik yang dikenakan tu topik seks dan ia memang sesuai dengan PKR dan (dia) bijak.

“Boleh pecah satu parti dengan dia ni,” katanya.

Tambah Suraya, selepas ini cabaran Mahathir adalah untuk memecahbelahkan parti DAP.

“Kita nak tunggu dia pecahkan parti DAP pulak, cabaran untuk Tun Mahathir selepas ini ialah pecahkan parti DAP,” katanya. – NTHQiBord, 20 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.