DATUK Seri Hamzah Zainuddin akan membuat penampilan sulung sebagai panel dalam program bual bicara nombor satu Malaysia, Nothing To Hide pada malam ini.

Ahli Parlimen dari BERSATU itu akan bersiaran langsung di Facebook Nothing To Hide Media https://www.facebook.com/nthonlinemedia/ dalam segmen Dimensi untuk membincangkan tajuk ‘Harapan Baru‘ pada pukul 9 malam.

Ini merupakan kali pertama ahli politik dari BERSATU menyertai program bual bicara bersama Nothing To Hide, sekali gus menjadi penghormatan terbesar kepada pihak penerbit, NTH Media.

Segmen malam ini akan dimoderator oleh Hazwan Syafiq.

Antara topik yang akan dibincangkan oleh bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan termasuk isu politik semasa, ekonomi dan kebangkitan bangsa Melayu di bawah BERSATU.

Sebagai rekod, pemimpin berusia 62 tahun itu juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan , Perdagangan dan Komuniti selama setahun dan Timbalan Menteri Luar selama dua tahun.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Pengerusi Felcra selama lapan tahun dari 2001 hingga 2006.

Hamzah menyertai BERSATU pada Februari 2019 bagi mengukuhkan kedudukan parti pimpinan Tun Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan. – 20 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.