SEMALAM berlangsungnya program ‘retreat’ PKR di Port Dickson.

Boleh dikatakan hampir semua pemimpin PKR hadir ke program itu. Malah Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga hadir.

Peliknya, mana Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali?

Hari ini juga, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak hadir untuk berucap.

Apa yang sudah berlaku sebenarnya?

Setiausaha politik Azmin sendiri sahkan bosnya tidak hadir tapi tak maklum apa sebabnya?

Adakah kerana isu rakaman video semburit yang dikaitkan dengan dirinya?

Walhal, beliau sudah boleh bersorak riang kerana Ketua Polis Negara sudah sahkan pasangan Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam video itu bukan Azmin.

Malah, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gembira mengetahui pelaku dalam video itu bukan Azmin.

Jadi kenapa Azmin kelihatan mahu mengelakkan diri daripada datang ke program partinya sendiri?

Pastinya, ramai ahli dan pemimpin parti itu sendiri juga tertanya-tanya soalan yang sama.

Hanya Azmin saja yang tahu. – 20 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.