ANGKUH betul nada Datuk Husam Musa bila menjawab gesaan Tuan Ibrahim Tuan Man agar Pakatan Harapan (PH) membubarkan Parlimen.

“Kita akan lihat jika PAS boleh menang besar, baharu kita bubar Parlimen,” kata Pengerusi PH Kelantan itu kepada gesaan Tuan Ibrahim.

“Gesaan (Timbalan Presiden PAS Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man) itu lawak jenaka dan tiada benda lain nak cakap.

“Jadi kita cadangkan kerajaan Kelantan dan Terengganu (pimpinan PAS) perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu jika mereka mahukan pilihan raya secepat mungkin.”

Semalam, Tuan Ibrahim dilaporkan sebagai menggesa PH membubarkan segera Parlimen kerana terbukti gagal memastikan kestabilan politik dan keharmonian dalam negara.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan ‘tiada selera’ untuk menerima pelawaan PH bagi menyertai mereka, Husam yang juga Naib Presiden Amanah berkata parti itu perlu ‘makan supplement dan vitamin’.

“Kadang-kadang kita tidak berapa sihat, jadi memang kurang selera. Saya harap PAS lebih banyak makan ‘supplement’ dan vitamin supaya selera terbuka,” katanya. – 20 Julai, 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.