Pemimpin DAP kata Azmin jangan mimpi jadi Perdana Menteri

0

PEMIMPIN DAP sudah mula ‘menyerang’ Datuk Seri Azmin Ali berhubung isu jawatan Perdana Menteri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek dari DAP, Ronnie Liu secara terbuka menyatakan bahawa Azmin berpeluang menjadi Perdana Menteri berbanding Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ronnie berkata majoriti dalam PKR, serta Amanah dan DAP menyokong Anwar sebagai perdana menteri yang akan datang.

Malah katanya, Pakatan Harapan (PH) sudah bersetuju bahawa Anwar merupakan pengganti Tun Mahathir Mohamad, walaupun Azmin dispekulasikan sebagai pemimpin kesayangan Perdana Menteri.

“Ini benar, Anwar mungkin bukan kegemaran Mahathir tetapi dia adalah pilihan PKR (sekurang-kurangnya majoriti dalam parti itu), DAP dan Amanah.

“Sekalipun beberapa ahli Bersatu dan PKR berada di belakang Azmin, mereka tetap tidak akan menjadi majoriti dalam Pakatan.

“Oleh itu, saya tidak fikir Azmin mempunyai peluang untuk menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Liu berkata, Bersatu mungkin kuat jika berlaku penghijrahan beramai-ramai dari Umno dan PAS bagi membolehkan mereka menyokong Azmin, namun perkara itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Anggota Parlimen DAP itu berkata Mahathir harus melenyapkan sebarang ketidakpastian dengan menetapkan garis masa untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

“Ia tidak cukup untuk mengatakan bahawa dia akan lakukannya. Dia perlu memberikan garis masa yang tepat.

“Sebaik sahaja garis masa yang ditetapkan diumumkan, dan segalanya tiba-tiba menjadi lebih konkrit, kita harus melihat berakhirnya perang dalam PKR,” katanya.

Liu berkata, kestabilan dalam PKR adalah penting untuk memastikan kestabilan dalam PH sendiri.

“Ini juga akan membantu untuk memastikan bahawa BN tidak akan kembali berkuasa pada pilihan raya akan datang,” katanya. – 20 Julai, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.