KETUA Polis Negara Datuk Abdul Hamid Bador menyifatkan masa polis banyak terbuang angkara politik kerana menyiasat rakaman seks dua lelaki yang tersebar lebih sebulan lalu.

“Semua ini politik. Saya digesa dari hari pertama untuk sahkan ketulenan video.

“Sekarang selepas disahkan, saya dituduh buat kenyataan politik,” katanya menurut The Star.

Hamid mengingatkan parti politik supaya tidak mengheret pihak lain dalam konflik dalaman mereka.

“Saya seru kepada mereka kalau nak berpolitik biarlah di dalam kancah perimeter mereka sendiri, jangan limpahkan ke luar menyebabkan orang ramai rasa terbeban,” katanya.

Sebelum itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga meluangkan perkara yang sama seperti Hamid.

“Yang membuang masa pihak polis bila wujud campur tangan dalam kes jenyah dan kes dipolitikkan.

“Akhirnya keadilan dilacurkan,” katanya Musa menerusi akaun Twitternya semalam. – 20 Julai, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.