AHMAD Jazlan Yaakub sudi melepaskan kerusinya kepada PAS untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, beliau sanggup menyerahkan kerusi itu walaupun telah memegang sejak tahun 2013.

Jelas Ahmad Jazlan, beliau rela dan sanggup melepaskan sekiranya langkah itu boleh meningkatkan perpaduan dalam masyarakat.

“Sekiranya langkah ini dapat menyatukan perpaduan masyarakat, ia akan menjadi contoh yang baik.

“Saya bersungguh-sungguh dan bersedia berkorban asalkan perjuangan kita selama ini tercapai,” katanya, menurut sebuah laporan di Utusan Online.

Ahmad Jazlan sebelum ini yang juga pengerusi Umno negeri, berjaya mempertahankan kerusi parlimennya dengan majoriti 2,824 undi, menewaskan calon PAS, Zulkifli Mamat dan parti Harapan, Sazmi Miah jatuh ke tempat ketiga.

Namun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan ucapan penghargaan kepada Ahmad Jazlan atas kesanggupannya.

Zahid Hamidi yakin majoriti rakyat, termasuk penyokong PAS masih mahu mantan timbalan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu dikekalkan.

“Perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkannya pada masa ini, sama ada pada di kerajaan persekutuan atau pembangkang,” katanya.-21 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.