PERBALAHAN antara dua pemimpin tertinggi PKR jelas selepas keduanya bertindak membuat dua masjlis kesyukuran yang sama pada hari ini.

Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membuat jemputan ke Majlis Pelancaran Zikir & Selawat Nurul Anwar di kediamannya.

Manakala, Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali pula membuat doa selamat dan kesyukuran sempena meraikan kemenangan menolak unsur politik fitnah di kediaman Menteri Besar Selangor.

Majlis bukan sahaja diraikan pada hari yang sama malah masa jemputan juga sama.

Keretakan hubungan antara Anwar dan Azmin kini semakin jelas sejak isu video songsang mula timbul.

Azmin dilihat enggan bersemuka dengan Anwar pada program ‘retreat’ itu di Port Dickson semalam apabila tidak hadir berucap.

Malah Anwar juga kecewa dengan sikap Azmin yang kelihatan tidak mahu beralah dalam perbalahan mereka berdua.

Ini mungkin ada kaitan dengan desakan Anwar agar Azmin meletak jawatan jika timbalannya itu terlibat dalam skandal seks.

Perbalahan kedua-dua pemimpin itu nampaknya melangkah ke peringkat yang lebih serius berdasarkan perkembangan hari ini.

Mungkin Anwar dan Azmin membuat majlis berbeza untuk melihat dan menguji siapakah yang mempunyai pengaruh yang lebih besar.

Namun, agak menjengkelkan apabila kedua-dua pemimpin itu menggunakan plaftorm agama dalam memperlihatkan kuasa politik masing-masing.

Hal ini bukan kali pertama berlaku.

Pada bulan lalu, Anwar tidak hadir ke majlis rumah terbuka Azmin, menyebabkan spekulasi tercetus bahawa hubungan mereka sudah parah.

Nampaknya, keretakan hubungan Anwar-Azmin seperti sudah tidak dapat dihalang lagi.

Mungkin ini lebih baik jika mereka berpisah saja. – 21 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.