PEMBINAAN Dewan Orang Ramai tidak melibatkan salah guna kuasa atau penyelewangan walaupun dibina di atas tanah persendirian.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, UMNO membina dewan itu dengan persetujuan bersama pemilik tanah dan bukan untuk kepentingan tertentu.

“Kita kena lihat kepada Kanun Tanah Negara, di mana peraturannya, apa juga yang tumbuh dan ada atas tanah itu adalah kepunyaan tuan tanah.

“Contohnya, jika saya membina rumah di atas tanah kerajaan, maka itu hak kerajaan begitu juga sebaliknya.

“Dewan itu dibuat di atas persendirian, maka tuan tanah punyalah dan tiada salah guna kuasa.

“Kedua-dua pihak bersetuju, dimana tuan tanah juga setuju kerajaan bina dewan di atas tanah dia,” katanya.

Saarani juga mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan yang mendakwa sikap kerajaan terdahulu telah menyusahkan rakyat dengan membina dewan di atas tanah persendirian.

“Sikap kerajaan terdahulu membenarkan dewan orang ramai dibina di atas tanah persendirian menyukarkan rakyat menggunakannya selepas PH mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan,” katanya.

Selain itu, Saarani turut mengulas kenyataan Sivanesan mengenai Arena Square Tapah yang sememangnya dibina di atas tanah milik UMNO.

“Arena Square Tapah memang UMNO punya, jadi UMNO pakailah. Sebab itu kita buat mesyuarat di sana, hak kita,” katanya.- 21 Julai 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.