DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong menzahirkan kesedihan apabila dituduh oleh ahli dalam partinya sendiri.

Menurutnya, ada pihak yang menabur fitnah bahawa beliau akan melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas.

“Saya sedih sebab tohmahan itu bukan sahaja datang daripada lawan malah orang UMNO sendiri tuduh saya macam-macam.

“Mereka tuduh saya hendak pergi Bersatu tapi sampai sekarang saya masih UMNO.

“Kesetiaan saya kepada parti adalah jitu, saya tetap ahli UMNO walaupun tiada jawatan yang dipegang.

“Saya bukan boleh dijual beli,” katanya.

Namun, beliau menegaskan bahawa pada tahap kini, fokus UMNO adalah untuk memperkukuhkan parti di saat kerajaan PH kini dalam kemelut dalaman.

“Sangat rugi kalau kita sesama ahli parti yang bergaduh.

“Inilah masanya untuk kita bersama-sama bangkit,” katanya.-21 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Mana yang lompat sana sini dan laga laga sama sendiri elok lah buang.. Ganti muka baru..!! Hidup umno hidup barisan nasional.. Dan penyatuan ummah demi tanah air tercinta.. Selama barisan nasional pegang.. Banyak bakti yg dicurah kepada rakyat…
    ## lu pikir laa sendiri ###

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.