DULU sebelum PRU14, beriya-iya kata nak bantu pemandu teksi atasi masalah e-hailing.

Penyudahnya bila dah dapat kuasa, semua janji dah ke laut.

Jangan kata pemandu teksi, nasib penumpang e-hailing pun tak dibela sewajarnya apabila rakyat mengeluh kenaikan tambang.

Jawapan mudah menteri, ada banyak syarikat e-hailing untuk dipilih kalau tambang naik.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook siap kata ada 31 Syarikat Perniagaan Pengantaraan (EHO) yang menawarkan perkhidmatan e-hailing sekali gus memberi pilihan kepada pengguna bagi mendapatkan tambang lebih murah.

“Pengguna harus membuat pilihan secara bijak. Jika berlaku kenaikan kadar tambang, mereka ada pilihan untuk mengguna perkhidmatan e-hailing lain yang menawarkan tambang yang lebih murah.

“Kita juga tidak mahu industri ini ada unsur monopoli dan harus ada persaingan. Kalau ada persaingan maka tambang tersebut menjadi murah dan tiada syarikat e-hailing sesuka hati menaikkan harga mereka,” katanya.

Katanya lagi ada syarikat-syarikat yang menawarkan harga yang kompetitif dan pengguna boleh menilai sendiri syarikat dan aplikasi yang mereka pilih.

Kalau itu saja yang menteri DAP ini mampu buat, tak perlu cakap pun. Rakyat pun tahu pilih sendiri.

Soalnya, kalau semua perkhidmatan e-hailing berpakat naik harga, apa pilihan rakyat yang ada? – 21 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.