MCA tanya apa Nazri buat?

5

NAMPAKNYA bukan orang UMNO saja dah menyampah dengan Datuk Seri Nazri Aziz.

Rakan setia UMNO, MCA juga sudah ada yang mempersoalkan tindakan Nazri cuba menggugat keharmonian dalam Barisan Nasional (BN).

Ketua Biro Bahasa Melayu MCA Perak, Cally Ting dalam statusnya di Facebook mempersoalkan tindakan Nazri yang masih berterusan menyerang Datuk Seri Najib Razak.

“Apa dia (Nazri) buat?

“Taktik politik Nazri mungkin memang tinggi tahapnya, tapi, buat masa ini, simpanlah taktik-taktik ini kerana ia tidak membantu BN.

“Nak mengembalikan BN, baik kita mencontohi teladan DSN (Najib) dan WKS (Wee Ka Siong).

“Lakukan tugas sebagai pembangkang. Bukannya membangkang sesama sendiri,” tulisnya.

Cally merujuk kepada kenyataan Nazri yang kononnya membantu parti UMNO dengan menyuruh Najib duduk diam.

Setakat ini, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mengambil keputusan tidak mengenakan sebarang tindakan disiplin kepada Nazri.

Namun UMNO peringkat akar umbi mahu Nazri dikenakan tindakan kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mengkritik Najib.

5 COMMENTS

  1. Bukan masanya bergaduh sama sendiri,masa ini adalah masa untuk membina kekuatan dan persefahaman diantara pemimpin.Masih ada lagikah kebodohan yg tertanam dlm pemikiran Nazri,sehingga terlupa tugas beliau untuk membina kekuatan baru bn.Klau mcm ini perangai,sampai bila pun bn takkan bangkit dr kekalahan 2018 lalu..Bersatu teguh,bercerai roboh.ingattt

  2. Ini Nazeri banyak cilaka punya… Masa BN susah dia buat bodoh saja… Kita mahu lawan sama PH dia kasi taruk minyak sama kita… Banyak cilaka ini Nazeri

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.