SAMBUTAN Hari Bomba diselubungi kesedihan, itu kata Datuk Seri Najib Razak.

Dalam coretnya di Facebook semalam, Najib menyuarakan penghargaan terhadap jasa anggota bomba.

Namun beliau mengingatkan bahawa rakyat Malaysia juga tidak lupa apa yang berlaku kepada arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.

Adib merupakan anggota bomba yang meninggal dunia akibat kejadian rusuhan di kuil Seafield pada tahun lalu.

Sehingga kini, punca kematian Adib masih belum dapat dipastikan walaupun rakan-rakannya bertegas bahawa arwah maut akibat kecederaan dipukul perusuh.

“Keadilan untuk arwah Adib masih kabur. Kerajaan Pakatan Harapan masih tidak dapat berikan jawapan.

“Apa sebenarnya yang berlaku?,” soal Najib.

Beliau turut memuji peranan bomba yang sentiasa memberikan sepenuhnya dedikasi dan bertarung nyawa demi keselamatan, ketenteraman awam rakyat.

“Selamat Hari Bomba kepada semua anggota bomba.

“Kita perlu terus berjuang mencari keadilan untuk arwah Adib. Al-Fatihah,” katanya. – 21 Julai, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.