RAKYAT masih tidak tahu video intim yang diviralkan sebelum ini adalah racun yang berbahaya bagi menggagalkan perancangan ‘Cabinet Reshuffle’.

Mereka tidak tahu yang Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya telah diberitahu awal tentang kewujudan video tersebut.

Sekiranya, video yang disebarkan itu tidak berlaku seminggu sebelum rancangan itu dilaksanakan, sudah tentu Azmin Ali menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Tujuan sebenar penyebaran video tersebut adalah merupakan satu rancangan jahat untuk hilangkan kepercayaan Mahathir kepada Azmin tetapi kaedah itu tidak berhasil.

Mahathir melihat itu sebagai taktik jahat untuk menggagalkan rancangannya.

“Mereka (Anwar) nak lempar taik ke muka saya,” katanya.

Namun, Azmin menolak sekerasnya bahawa pelaku di dalam video itu bukanlah dirinya dan mendakwa ini merupakan fitnah jahat ke atas beliau.

Hasil tindak balas Azmin, video demi video dikeluarkan untuk memberi mesej dan gambaran bahawa bukti video itu tulen.

Penyebar mempunyai lebih banyak bukti di samping cubaan untuk manghasut dan mahu menanam kepercayaan kepada rakyat khususnya orang Melayu bahawa Azmin adalah seorang gay, pengamal LGBT dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara.

Hasil maklumat penahanan Haziq kali pertama, PDRM telah menahan 3 individu yang terlibat dalam penyediaan 10 simkad palsu UMobile, alat untuk menyebarkan video fitnah tersebut.

Selepas mereka ditahan, pemfitnah menukar strategi untuk ‘muat naik’ video-video di youtube menggunakan nama samaran sebagai Rahim Jaafar.

Penahanan 3 individu tersebut termasuk seorang runner bernama ‘Zam’ juga membawa kepada satu penemuan besar iaitu ‘the OPS Centre’ di Sucasa Jln Ampang.

Ia merupakan kunci kepada siasatan yang merangkumi rakaman CCTV, rekod pendaftaran bilik, rekod kenderaan keluar masuk dan beberapa perkara lain telah menemui banyak bukti termasuk kewujudan ‘war room’ sekelompok pemimpin PKR dalam beberapa pilihanraya sebelum ini.

Namun, dalam kes video semburit, ianya dijadikan Pusat Operasi untuk penyuntingan dan menyebaran.

Ketulenan Video Semburit sehingga hari ini menimbulkan pelbagai spekulasi dibuat berhubung sikap membisu PDRM dalam soal ketulenan video.

Peluang ini turut digunakan oleh kem Anwar Ibrahim bagi menyebarkan info kononnya video itu tulen.

Walaubagaimanapun, Cyber Security telah menyerahkan laporan identiti kedua-dua lelaki yang berasmara kepada PDRM untuk tindakan seterusnya.

Hakikatnya, penemuan di Sucasa telah mengesahkan video semburit Azmin adalah palsu berdasarkan penemuan beberapa gadget dan ‘raw video’ sebelum watak itu diubahsuai menyerupai mirip Azmin.

Sebab itu lah, video yang dikatakan mirip Azmin itu hanya dihantar kepada firma forensik tempatan dan bukan ke luar negara untuk dianalisa ketulenannya.

Maka, sah lah mengapa Haziq memilih Manila sebagai destinasi untuk melarikan diri.

“Kini, pelakon asal dan penyunting tersebut dipercayai telah terlepas ke negara asal mereka Filipina. Media lain semuanya tersasar kerana melaporkan Farhash yang bersama-sama dengan Haziq untuk lari ke Manila sedangkan rekod jelas menunjukkan Farhash tidak lagi keluar negara selepas Aidilfitri”.

Penahanan kali kedua Haziq dan beberapa ahli pkr baru-baru ini memperlihatkan kebenaran kata-kata Azmin Ali bahawa fitnah jahat yang diviralkan tersebut adalah kerja orang dalam.

Kini jelas, PKR sedang dalam kemelut dan tidak seperti ketika menghadapi isu fitnah liwat Saiful dan fitnah China Doll di mana semua ahli PKR bersatu melawannya, kes fitnah semburit ini sedang dihadapi oleh pasukan Azmin tanpa dukungan daripada kem Anwar.

Dalam jawapan surat tunjuk sebab Naib Ketua Pemuda PKR, Mohd Nazree kepada Biro Disiplin Parti, beliau telah menyatakan rasa kecewanya kerana Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasrullah cuba memujuknya untuk mempercayai kesahihan video tersebut dan menarik semula pendirian Pemuda PKR yang mengecam keputusan Biro Politik Parti. Apakah betul Akmal percaya?

Tidak mengejutkan kerana dalam PKR naratif yang digunakan adalah dengan meyakinkan kesahihan video berkenaan yang diketuai oleh Mantan bos Haziq sendiri, Shamsul Iskandr yang telah meminta untuk menghimpunkan semula mantan-mantan pemuda PKR untuk memperlihatkan dukungan kepada kem Anwar.

Tetapi disaat PDRM mula memberi bukti bahawa dalang besar disebalik video tersebut telah dikenalpasti dengan penahanan beberapa ahli PKR yang kini direman, Anwar kelihatan amat panik, “Ya, nama mereka telah naik, seorang ADUN, Ketua PKR Negeri dan Timbalan Menteri”.

Terbaru, Anwar sendiri tampil memberi tekanan kepada PDRM berhubung kesahihan video tersebut, nampak sangat beliau semakin terhimpit dan yakinlah, Anwar sedar bahawa ini peluang terakhirnya untuk menjadi Perdana Menteri namun, lebih banyak pembongkaran yang dibuat, nampaknya lebih tidak menguntungkannya.

Namun Anwar silap, bukan ketulenan video yang rakyat mahu tahu dan siapa penyebarnya yang rakyat mahu tahu tetapi rakyat hendak tahu adakah Anwar sendiri percaya fitnah semburit ini atau Anwar sendiri terlibat sama dalam komplot penyebaran video tersebut terhadap Azmin”.-21 Julai 2019

KABINET KAYU
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

  1. Siapa saja berhak utk mengulas mengikut selera & kefahamannya masing-masing.
    Tapi keputusan hasil siasatannya adalah ditangan pdrm-peguam negara & hakim.
    Sama ada ianya permainan politik.
    Yg lebih tahu & adil hanyalah Allah swt.
    Percayalah.
    Manusia ada perancangan nya TAPI ALLAH JUGA ADA PERANCANGANNYA TERSENDIRI.
    yang tidak termakan oleh akal manusia.
    Hatta ianya seorang penguasa yg hebat.

  2. Apa-apa pun hasil siasatan pdrm,yg pastinya,pkr telah rosak terok.Maka Pkr tak layak untuk memimpin nagara ini.Kerosakkan akhlak semacam ini tak bolih dibiarkan semakin parah.

  3. Yg pasti DAP tepuk tangan,bersorak meraikan kemenangan..!!. Anwar terperangkap dgn mainannya sendiri. Harapkan pagar, pagar mkn padi. Semuanya telah terdedah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.