PENYOKONG Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat berasingan malam tadi berikutan pergeseran antara dua pemimpin PKR itu.

Di Shah Alam, kira-kira 500 orang hadir untuk majlis solat hajat untuk Azmin Ali, termasuk Maria Chin Abdullah dan Alif Bahardin.

Manakala di kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, majlis solat dan zikir yang dihadiri kira-kira hanya 100 orang.

Anwar bagaimanapun berkata, majlis hari ini diadakan setiap minggu dan merupakan perkara biasa.

“Tidak ada apa-apa. Program ini biasa diadakan setiap minggu,” kata Anwar.

Terdahulu, Azmin tidak hadir dalam program temu rapat pemimpin PKR selama 3 hari di Port Dickson.

120 pemimpin PKR mengisytiharkan menyokong Anwar Ibrahim dalam temurapat itu, namun Azmin dan Zuraida Kamaruddin antara pemimpin parti yang belum menandatangani resolusi menyokong kepimpinan Anwar.–NTHQiBord, 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.