SERAMAI 20 ahli dan pemimpin PKR tidak hadir dalam program Temu Rapat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mereka adalah Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Amiruddin Shaari, Saifuddin Abdullah, Ali Biju dan Baru Bian.

Malah ketidakhadiran mereka juga sekali gus menyaksikan kegagalan untuk menandatangani Resolusi Temu Rapat MPP yang menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR.

Ia menimbulkan persoalan di kalangan pemerhati politik dan akar umbi PKR itu sendiri yang membuat kesimpulan ketidakhadiran adalah bukti tidak mahu menyokong Anwar Ibrahim.

Antara yang menandatangani Resolusi menyokong Anwar sebagai Presiden adalah isteri Anwar; Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli, Xavier Jayakumar, Tian Chua dan Chang Lih Kang.

Juga menandatangani resolusi terbabit adalah Saifuddin Nasution Ismail dan Johari Abdul. – NTHQiBord, 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.