MAJLIS Datuk Seri Azmin Ali dihadiri oleh ramai pimpinan PKR dan bekas orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim, lapor Utusan Malaysia.

Antara yang hadir termasuklah bekas Setiausaha Sulit Anwar, bekas Setiausaha Politik Anwar dan ada dua bekas Setiausaha Akhbar.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaafar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa.

Selain itu, turut kelihatan juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon serta beberapa pemimpin kanan PKR lain seperti Tian Chua, Dr. Mansor Othman, Maria Chin Abdullah, Dr. Afif Bahardin, Amirudin Shari dan Mohd. Khairuddin Othman.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya dan Khairuddin Abu Hassan turut hadir.

“Mereka ini orang-orang lama tetapi datang ke sini malam ini kerana mereka kenal siapa Azmin Ali, mereka tahu saya tidak pernah mengkhianati kawan,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Azmin menyatakan bahawa dia tahu siapakah dalang utama di sebalik penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan dirinya.

Malah, Azmin sempat bertanya kepada penyokongnya yang hadir adakah mereka mahu tahu siapakah dalang itu.

Pertanyaan itu terus disambut dengan laungan ‘hantar dan sumbat balik dia ke penjara’ walaupun mereka tidak menyebut nama siapakah yang dimaksudkan.

Namun, Azmin berkata urusan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

Sebelum itu Azmin menegaskan bahawa kesetiaan beliau ada hadnya walaupun tidak menyebut mana-mana individu.

Beliau turut memberi pertunjuk bahawa dia akan berlawan dengan insan yang dikenalinya sebelum ini.

Sokongan yang diterima Azmin ini menunjukkan bahawa dia bukan lagi budak kecil yang mudah diperkudakan. – 22 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.