Isu skandal yang sama timbul 20 tahun dahulu, kata Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari.

Dalam satu ucapannya, beliau memberi gambaran seolah-olah tahu siapa dalang kepada penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Azmin Ali.

Jelasnya, isu yang ditimbulkan kembali itu membawa ke zaman pahit ketika negara digemparkan dengan berita tersebut

Namun, isu itu telah menjadi asas perjuangan sesetengah pihak dalam arena politik.

“Semakin hampir (hasil siasatan selesai), ia dilakukan oleh mereka yang pernah melalui detik sejarah hitam ini.

“Mereka yang pernah berjuang melawan detik hitam ini telah menjadikan ia sebagai asas kepada perjuangan dalam politik,” katanya.

Amiruddin menegaskan beliau tidak takut untuk menyebut perkara tersebut kerana pendirian yang dipegangnya adalah menolak politik jijik sepenuhnya.

Selain itu, Amiruddin yang merupakan penyokong kuat Azmin Ali berkata, beliau tidak takut dengan amaran yang telah diberikan oleh PKR.

“Saya telah diperingatkan bahawa bakal berdepan tindakan disiplin (akibat teguran) tetapi saya tidak rasa gentar atau keliru kerana Allah bersama kita,” katanya. 22 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.