UMNO tidak boleh membuat keputusan terburu-buru dalam mengambil tindakan terhadap pemimpin tertinggi parti itu yang melibatkan Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, UMNO sepatutnya memberi tumpuan yang lebih dalam mengukuhkan parti berkenaan.

“UMNO sepatutnya lebih mengukuhkan keadaan bukan mengambil tindakan.

“Sekiranya tindakan masih diambil maknanya ia bakal melemahkan parti itu sendiri,” katanya ketika dihubungi NTHQibord.

Jelasnya, setiap pemimpin mempunyai pegangan prinsip dan sudut pandangan yang berbeza untuk masa depan.

“Kalau setakat Nazri dengan KJ ni, saya ingat dia tidak akan menjejaskan parti bahkan kita perlu mereka dalam parti.

“Saya percaya rata-rata kita ada satu tanda atau garisan yang antara memisahkan garisan Mahathir dan yang minat kepada Anwar.

“Jika ditanya dalam parti itu sendiri masing2 ada yang di pihak Anwar dan ada yang berpihak kepada Mahathir jadi better dalam politik apabila ada dua orang pemimpin di atas, kita akan dapat lihat akan ada garisan yang memisahkan di antara kita,” katanya.

Dalam pada itu Idris Haron memberitahu, arena politik ini ibarat macam seni, macam-macam boleh jadi.

“Politik ialah seni and its art of possibility, dia adalah seni serba berkemungkinan dan macam-macam boleh berlaku.

“Lim Kit Siang boleh kata Dr Mahathir sebagai perompak dan Mat Sabu boleh kata Dr. Mahathir sebagai penyamun, Lim Guang Eng boleh tuduh macam-macam kepada anak-anak Mahathir, koloni, rasuah dan sebagainya.

“Hari ini mereka bersatu dalam satu keluarga besar politik parti harapan, jadi begitu juga dalam politik kini siapa pun boleh mengeluarkan kenyataan tetapi kita tak boleh nak label org tu sebagai pembelot ke, pengecut ke, pengampu dan sebagainya,” katanya.

Di samping itu, beliau menasihatkan agar ahli parti itu tidak terlibat dengan masalah pergaduhan pemimpin lain.

“Biarlah elephant with elephant fight, grass will suffer, itu yang Mat Sabu cakap.

“Kita jangan terlibat sama, biarlah dia nak bergaduh, kita perhati dan lihat sahaja,” katanya.

Namun Idris Haron turut menzahirkan kekhuatiran tindakan UMNO bakal memberikan gambaran Tun Dr. Mahathir nyatakan bahawa parti itu akan kehilangan kepintaran kepimpinan tertinggi sekiranya tindakan yang tak wajar masih dilaksanakan.

“Saya khuatir kalau UMNO ambil tindakan sewenang-wenangnya kepada sesiapa, kita akan kekal dengan apa yang Mahahir sebut, UMNO nie makin hari akan kehilangan kepintaran, The Dumb and The Dummer.

“Sebab sikit-sikit nak ambil tindakan, sikit-sikit orang cakap nak ambil tindakan, lama-lama UMNO jadi tidak bijak,”ujarnya.- 22 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.