LIM Kit Siang antara pemimpin yang ditolak majoriti orang Melayu, kerana kelantangannya berkaitan menolak hak istimewa orang Melayu.

Kali ini, Lim Kit Siang menggambarkan ahli Umno sebagai ‘bodoh’ kerana memilih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali menerajui Umno.

“Bagaimana ahli Umno membenarkan Zahid kembali untuk menyambung semula jawatan Presiden Umno? Zahid telah mencipta rekod di mahkamah dengan 87 kes jenayah yang berkaitan dengan rasuah?” katanya dalam satu kenyataan.

“Sebenarnya, ketua-ketua cawangan Umno yang ‘bodoh’ dan ‘semakin bodoh’ bukanlah masalah kami di DAP,” katanya.

Terdahulu, Tun Mahathir Mohamad membuat kenyataan berani dengan menggelarkan ahli Umno ‘bodoh’ kerana tidak membenarkan ‘orang cerdik pandai’ untuk menerajui parti itu.

Ia menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin Umno termasuklah Ahmad Zahid yang menyifatkan Bersatu ‘lebih bodoh’ kerana sanggup bersekongkol dengan DAP. – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.