WAYTHA Moorthy Ponnusamy, Menteri Perpaduan baru-baru ini menubuhkan parti baru khas untuk orang India.

Katanya, Malaysian Advancement Party (MAP) telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Namun, ada sesuatu yang tidak kena dengan logo parti baru ini.

Laman Facebook Dr Shamsher Singh Thind menyelar Waytha Moorthy yang dilihatkan tidak layak menjawat jawatan Menteri Perpaduan kerana hanya perjuangkan satu kaum sahaja.

Akaun Facebook itu juga mengecam logo parti Waytha dan menyifatkan logo tersebut ‘paling buruk yang pernah dilihat’.

Apa yang lebih menarik ialah komen netizen yang turut bersetuju dengan Dr Shamsher.

“Tak ada duit ke nak upah designer buat logo? Bebudak wechat wat banner parti liar pun lagi kreatif la,” – Asyraf Fathi

“Logo pun lambang seluar dalam haha,” – Kamil Shah

“Logo macam traffic sign,” – Lewis Rodot

Logo tersebut berwarna kuning dengan bentuk bulatan putih di tengah-tengah.

Di dalam bulatan putih, terdapat segi tiga songsang berwarna merah dan bulatan kecil berwarna ungu.

Logo baru ini juga diumumkan secara rasmi melalui Facebook Waytha Moorthy.

Waytha Moorthy, dilihatkan sebagai menteri ‘paling berprestasi buruk’ kerana kerap membuat pelbagai kenyataan yang mencetuskan ketegangan kaum.

Antaranya ialah isu rusuhan kuil Seafield, USJ hingga menyebabkan kematian Muhammad Adib pada tahun lalu.

Waytha Moorthy juga sebelum ini merupakan pengerusi Hindraf yang turut memperjuangkan satu kaum di negara ini. – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.