KEMERDEKAAN adalah satu pilihan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan enggan mengembalikan hak Sarawak.

Ini yang dikatakan oleh presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa), Dominique Ng, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today (FMT).

“Kita bukan hanya bercakap tentang royalti minyak 20%. Kita bercakap mengenai mengambil balik semua yang menjadi hak kita,” katanya.

“Kita bukan menghasut. Kita bercakap tentang kebebasan kita yang disokong oleh Resolusi 1514 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pemberian kemerdekaan kepada negara yang dijajah dan rakyatnya.

Ng berkata, ramai rakyat Sarawak, termasuk golongan belia, mula menyedari kepentingan negeri itu mempunyai kebebasan untuk mengurus hal ehwal nya sendiri.

Katanya dengan tegas, “pada 16 September penjajah bertukar daripada Britain kepada Persekutuan Malaya”.

“Ini adalah realiti sedih yang gagal difahami banyak orang,” kata beliau.  – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.