ADA laporan mendakwa Menteri Besar Johor Datuk Dr Shaharudin Jamal naik angin semasa perjumpaan dengan semua ketua ketua Kampung di negeri itu tempoh hari.

Menurut laporan Facebook Ops Johor, beliau ditegur kerana datang lewat sejam jam dan tiba-tiba naik angin dan berucap secara emosi.

Dakwa laporan itu, Dr Shahrudin juga mengatakan bahawa beliau bukan hendak sangat jadi menteri besar dan ebih selesa menjaga tiga klinik di Pagoh.

Atas sebab itu, Ops Johor juga menyatakan sebab Dr Shahrudin tidak layak menjadi menteri besar kerana gagal bersuara dalam isu-isu penting seperti kes pencemaran Pasir Gudang.

“Sebenarnya dia ni memang tak layak dan tidak tahu menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Masalah di Pasir Gudang pun tak selesai-selesai

“Projek rumah mampu milik banyak yang tertangguh. Pelaburan pun makin berkurangan. Pengerang pun dah mulai sunyi.

“Peluang pekerjaan untuk graduan pun mula sukar dicari. Kasihan rakyat Johor,” kata Ops Johor.

1 COMMENT

  1. Sepatutnya rakyat johor beruntung dapat MB ini.
    Nak jadi MB bukan kerana ada matlamat pribadi.
    Artinya dia tahu bahwa beban nya amat berat.
    Cuma masa ini ada parti karat saja yg suka melaga-lagakan pemimpin ini, sbb dedak & projek mereka dah mula kering.
    Banyk instalmen yg terpaksa ditangguhkan.
    Macam pak kadok menunggu bulan jatuh keriba.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.