EPISOD video semburit memasuki fasa baharu apabila Azmin Ali mula berbalas serangan terhadap Anwar Ibrahim.

Anwar, sedikit gelisah kerana sokongan akar umbi PKR menyebelahi Azmin.

Namun, sokongan ahli PKR tidak menggambarkan sokongan rakyat.

Apa sahaja berita tentang Anwar dan Azmin, mendapat reaksi negatif dari pengguna sosial media yang cukup muak dengan drama perebutan kuasa dalam PKR.

Populariti Anwar dilihat jatuh menjunam kerana beliau dilihatkan terlalu desperado dengan jawatan Perdana Menteri ke lapan.

Anwar jarang bercakap tentang dasar untuk memperkasa rakyat apatah lagi memperjuangkan isu rakyat di Parlimen.

Anwar juga dilihat gagal di Parlimennya apabila isu setempat di Port Dickson seperti masalah kesesakan trafik tidak selesai hingga hari ini.

Begitu juga Azmin.

Kegagalan demi kegagalan dicipta Azmin termasuklah pengurusan Felda.

Azmin juga gagal memperkasa ekonomi rakyat walaupun setelah setahun memerintah.

Azmin didakwa menjual banyak aset kerajaan melalui Khazanah.

Semalam, pemimpin itu mengalirkan air mata satu program solat hajat di Shah Alam kerana kecewa dengan aib yang tersebar tentang dirinya.

Video semburit yang tersebar kini bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Menangislah air mata darah sekalipun, ia tidak mampu mengembalikan kegelisahan rakyat pada pemimpin yang kian rosak moralnya.

Menangislah air mata darah sekalipun, ia tidak mampu menebus kekecewaan rakyat pada ekonomi negara yang kian merosot.

Menangislah air mata darah sekalipun, ia tidak mampu mengembalikan kepercayaan rakyat pada Anwar dan Azmin, dan jika ada pun hanyalah ‘segerombolan’ penyokong  setia yang dibutakan dengan dusta.

Reformasi sudah tidak relevan di mata rakyat.

PKR bakal ditolak rakyat. – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.