KETUA Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Zulkifli Rajalie secara terbuka mencabar Datuk Seri Nazri Aziz untuk keluar daripada parti itu.

Menurut beliau, Nazri kelihatan mempunyai agenda tersembunyi dengan mencabar parti itu untuk memecatnya berhubung kenyataannya yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Secara terang-terangan dia buat perangai camtu, mesti dia ada agenda tersembunyi yang kita tidak nampak.

“Dia cabar kita suruh pecat dia, jadi saya cabar dia balik, kalau sudah hendak sangat keluar, sila keluar.

“Saya secara terbuka mencabar dan video saya pun rasanya sudah tersebar luas,” katanya ketika dihubungi NTHQibord.

Zulkifli berkata Sekiranya sudah tidak berminat pada UMNO, Nazri diminta bertemu majlis tertinggi parti dan kemukakan hendak keluar parti.

“Saya secara peribadi saya rasa jangan bagi apa yang dia mahukan, jadi kalau sudah tidak berminat dengan UMNO, dia sendiri yang kena pergi.

“Biar dia letak jawatan sendiri, kalau dia dah tidak berminat hendak bekerjasama dalam parti ini,” katanya.

Selain itu, Zulkifli dengan tegas berkata kepada Nazri supaya tidak sesuka hati mencabar orang dan menjadikan itu sebagai batu loncatan diri sendiri.

“Jangan sibuk nak cabar-cabar orang kalau hendak keluar.

“Kalau dia betul-betul anak jantan keluar, itu sahaja,” katanya. – 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.