BEKAS Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berpendapat pertingkahan yang berlaku antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Nazri Aziz tidak akan menjejaskan UMNO.

Jelas beliau, UMNO pernah berhadapan dengan situasi yang lebih teruk daripada itu suatu ketika dahulu.

“Pada saya UMNO dah berhadapan dengan situasi yang lebih teruk daripada itu.

“Kita kena ingat Harun Idris pun pernah kena pecat dan Tengku Razaleigh Hamzah pun pernah dibuang,” katanya ketika dihubungi oleh NTHQibord.

Menurutnya, apa yang terjadi antara dua pemimpin atasan itu adalah situasi yang biasa kita lihat dalam arena politik dan tidak menjejaskan sesiapa.

“Jadi apa yang dilakukan oleh Nazri dan KJ adalah perkara biasa.

“Dia tidak sampai ke satu peringkat yang boleh jejaskan parti tapi pada saya UMNO sentiasa ada orang-orang yang mempunyai pemikiran yang kritis ini.

“Parti ini perlu mempunyai orang-orang seperti ini supaya dia ada check and balance dalam zaman Malaysia baru, UMNO baru. Kita tak boleh macam dulu, hanya menjadi ‘yes man’ (pak turut),” katanya.

Idris berkata UMNO ini bersifat demokratik dan berkepimpinan, ahli-ahlinya boleh mengutarakan pandangan mereka.

“Parti ini demokratik, kita boleh memimpin dan boleh memberi pandangan kita kecuali berniat menjatuhkan pemimpin.

“Tetapi kita tak nampak Nazri dan KJ ini termasuk dalam golongan itu.

“Dia mengkritik dan saya kira ianya sebagai semak dan balance,” katanya. – 22 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.