SEBELUM PRU14 lalu Kerajaan BN akan dituduh melakukan sabotaj hampir setiap kali berlakunya gangguan bekalan air di Lembah Klang, ulas Datuk Seri Najib dalam Facebook beliau.

Tuduhan-tuduhan ini diulangkan oleh PH setiap tahun sehingga kali terakhir pada bulan Mac 2018 sebelum PRU14.

Namun, kata Najib tidak pernah sekalipun mereka pernah mengeluarkan bukti bahawa BN telah sabotaj.

Najib menegaskan bahawa, memang tidak ada sabotaj sama sekali dan hari ini, terbukti segala tuduhan PH suatu masa dahulu hanyalah fitnah.

Selepas menang PRU14 lalu, PH tak boleh tuduh BN lagi kerana mereka telah memegang kerajaan persekutuan.

Kini PH hanya boleh membeli alasan bahawa gangguan air ini adalah perkara biasa kerana pencemaran di Selangor adalah perkara biasa.

Siap tanya Rakyat: “Pencemaran ini perkara biasa. Apa yang korang mahu kita buat?”

Dalam perkembangan terkini Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengesahkan terdapat tumpahan minyak diesel di kawasan Sungai Selangor.

Tumpahan minyak diesel itu dikesan berhampiran Kolam Hang Tuah semalam pada 6.15 petang, yang menyebabkan penutupan empat loji rawatan air miliknya.

KSSB sedang menyiasat punca insiden tersebut dari pebagai sudut termasuk kemungkinan perbuatan khianat.

“Pasukan ERT kami telah dikerahkan dengan segera ke tapak kejadian dan punca tumpahan telah dikenal pasti dan dikawal.

“Kami kini sedang memantau situasi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Situasi ini amat dikesali, namun kami ingin menegaskan bahawa perlindungan alam sekitar, sungai dan sumber air adalah keutamaan kami,” katanya.

Pencemaran tersebut melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3) dan LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

Pagi ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan loji rawatan air tersebut kembali beroperasi pada jam 3.30 pagi tadi.

Pada Jumaat lalu, 1,133 kawasan melibatkan 1,166,842 akaun pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terjejas akibat gangguan bekalan air ini. – 22 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.