RAKYAT Selangor menghadapi saat getir sekali lagi kerana masalah bekalan air di hampir keseluruhan negeri itu.

Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan membidas kerajaan Negeri Selangor dengan menyifatkan kerajaan negeri terlalu kuat berpolitik hingga mengabaikan rakyat.

Menurut Zahida, kerajaan PKR telah mentadbir Selangor banyak penggal, namun masalah tetap gagal diatasi.

“Mereka asyik berpolitik setiap hari, tuding jari sana-sini, penyelesaian masalah rakyat? Tiada,” selar Zahida.

Zahida turut mendakwa perbezaan pengurusan air di zaman Barisan Nasional dan PKR sangat berbeza.

Ini kerana gangguan bekalan air terlalu banyak ketika zaman PKR berbanding Barisan Nasional dan tiada pelan khusus untuk menangani masalah air terutamanya gangguan bekalan yang tidak berjadual.

PKR Selangor, yang kini sedang bergelut dengan isu semburit tenggelam dalam kekalutan di mana Menteri Besar Selangor sendiri lebih banyak membuat kenyataan video semburit.

Amirudin Shari dilihat lebih banyak menumpukan hal ehwal Datuk Seri Azmin Ali dengan kenyataan sokongan untuk menyelamatkan karier politik Azmin.

Amirudin juga dilihatkan sebagai menteri besar yang paling tidak popular kerana jarang berinteraksi dengan rakyat Selangor melalui media sosial. – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.