DATUK Seri Mohd Redzuan Md. Yusof menyelar komen Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang menggesa agar empat menteri digugurkan.

Dalam satu kenyataan dengan sinis Menteri Pembangunan Usahawan itu berkata, Dominic perlu bersekolah kembali dan memahami dasar Perlembagaan negara.

“Sebelum ini parti Gerakan telah mencadangkan empat nama untuk digugurkan iaitu Menteri Pendidikan (Dr. Maszlee Malik), Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Datuk Mohamaddin Ketapi), dan Menteri Industri Utama (Teresa Kok) dan Menteri Pembangunan Usahawan.

“Negara tidak akan ke mana-mana jika dia bersifat demikian. Kita perlu beri ruang untuk meningkatkan daya inovasi, kalau tidak bagaimana kita hendak berdaya maju,” katanya.

Jelasnya, Dominic tidak ada hak untuk menggesa menteri tersebut untuk digugurkan hanya kerana mereka aktif berpolitik dan menuduh tidak memberi sebarang manfaat kepada pembangunan negara.

Redzuan berkata, ia terpulang kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menentukan jawatan ahli kabinet.

“Segala keputusan berhubung jawatan Kabinet hanya ditentukan oleh PM.

“Kalau hanya memberi idea kereta terbang menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet, itu terpulang kepada Dr.Mahathir. Yang pasti, saya akan terus fokus dengan idea ini,” katanya

Itu hanya cadangan sahaja sekiranya PM merombak Kabinet, tidak perlu membesarkan hal yang belum tentu terjadi. – 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.