AZMIN Ali yakin beliau diaibkan oleh individu yang pernah bersama dalam perjuangan selama ini.

Dalam satu kenyataan beliau semalam semasa program solat hajat, beliau juga bersedia berdepan dengan individu tersebut.

Tanpa menyatakan siapa individu berkenaan, Azmin berkata, kesetiaannya juga ada batasan.

“Saya setia kepada kepada kebenaran dan keadilan dan saya akan tetapkan perjuangkan keadilan dan kebenaran. Bukan untuk keluarga saya, tapi saya mahu untuk rakyat Malaysia, umat Islam dan Melayu dapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya lantang.

Azmin menegaskan kerakusan dan nafsu serakah sesetengah pihak sanggup membunuh kerjaya politiknya.

Beliau turut bersyukur apabila Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, mengesahkan bahawa beliau bukannya pelaku dalam klip video lucah yang dikaitkan dengannya sebelum ini walaupun video tersebut adalah tulen. – NTHQiBord, 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.