PENGERUSI Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago membuat laporan polis berkaitan insiden pencemaran air.

Menurut Charles, laporan polis itu dibuat disebabkan ada unsur elemen sabotaj.

“SPAN telah membuat laporan polis pukul 10 pagi tadi terhadap dua insiden yang berlaku baru-baru ini.

“Kami berharap pihak polis boleh menyiasat elemen sabotaj dalam kedua-dua insiden pencemaran ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau turut memberitahu Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya menghentikan segala aktiviti ekonomi di kawasan sekitar sungai.

Langkah itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya insiden pencemaran yang sama daripada berulang.

Pencemaran yang berlaku menyebabkan orang ramai terbeban dengan masalah gangguan air.

Disebabkan pencemaran itu, pihak Syabas terpaksa menutup 3 loji rawatan air utama, iaitu Loji Sungai Selangor 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang bagi mengelakkan air yang tercemar diproses dan disalurkan kepada pengguna.

“Penutupan itu mengakibatkan lebih sejuta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur terjejas bekalan air,” kata Syabas. – 22 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.