LAPAN pelajar dan seorang guru kes baharu gejala sesak nafas di Pasir Gudang, Johor dilaporkan sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Pelajar dan guru dari empat sekolah itu bagaimanapun hanya dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, mangsa adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort (tiga pelajar), SK Kopok (dua pelajar), SK Taman Rinting 3 (dua pelajar, satu guru) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2 (satu pelajar).

Tinjaun media mendapati terdapat 2,500 kilang di Pasir Gudang dan 250 daripadanya adalah kilang kimia yang mungkin menjadi punca gejala sesak nafas itu.

“Kalau ini adalah punca tercetusnya (kes kesihatan), kita memahaminya dan pakar psikiatri tahu ini boleh mencetuskan sindrom serangan panik yang berulang,” katanya menteri.

Isu pencemaran Pasir Gudang dilihatkan kekal berpanjangan kerana tiada tindakan drastik dari menteri untuk mengawal kes itu.

Walaupun didakwa hingga menyebabkan kematian, kerajaan Malaysia berdolak-dalih dan menganggap pencemaran Pasir Gudang adalah kes ‘biasa-biasa’ yang tidak perlu dipandang serius.

Terdahulu, seorang pelajar sekolah rendah Irfan Wafiy, 12 tahun disyaki mengalami myokymia akibat pencemaran Pasir Gudang.

Kerana kecewa ketidaktanggungjawaban kerajaan, bapa pelajar itu menyaman 11 defenden termasuk kerajaan Malaysia sebanyak 5 juta kerana menyebabkan anaknya hampir cacat kekal. – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.