BEBERAPA hari lepas, Tun Mahathir Mohamad mahu Bersatu mengambil iktibar budaya pemimpin yang mementingkan diri sendiri dengan menyekat penyertaan anggota parti yang lebih bijak daripada dirinya.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dr Shamsul Anuar Nasarah menganggap menggunakan ungkapan bodoh adalah usaha Dr Mahathir mengalih perhatian terhadap krisis yang berlaku pada Kerajaan Pakatan Harapan.

“BERSATU yang hanya menang 13 Kerusi Parlimen berbanding 55 Kerusi UMNO di PRU14 sehingga kini gagal mengadakan persidangan di peringkat cawangan dan bahagian.

“Jadi, untuk menutup kelemahannya beliau cuba alihkan perhatian kepada isu lain dan ini strategi biasa beliau.

“Bagaimanapun sikap Dr Mahathir yang suka memperlekeh dan memburukkan (ridicule) sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengannya, bukanlah kali pertama.” tegas Shamsul Anuar.

Bidasnya, ini menyerlahkan sifat Tun Mahathir yang tinggi.

Tambah beliau, Dr Mahathir lupa, banyak ‘sekatan’ kemasukan orang bijak pandai menganggotai UMNO terutama orang muda, sebenarnya berlaku di zaman 22 tahun beliau memimpin UMNO.

UMNO, parti tunjang orang Melayu kalah pada pilihanraya umum ke 14.

Parti ini direkodkan tidak menjadi pilihan anak muda pada pilihanraya tersebut.

UMNO juga mendapat kritikan bekas Exco Pemuda nya sendiri, Zaidel Baharuddin yang mendakwa ‘lebih mudah langgan Astro dari jadi ahli Umno’. – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.