WAN Ji Wan Hussin, liberalis Melayu popular baru-baru ini dipenjarakan atas dakwaan menghasut untuk menafikan kuasa raja dan sultan.

Namun, atas desakan beberapa pemimpin kanan kerajaan, hukuman Wan Ji ditangguhkan.

Kini, Wan Ji bebas melakukan aktiviti ceramahnya seperti penceramah lain termasuk lah di masjid.

Lapor laman Facebook rasmi Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka, Wan Ji memasuki Masjid Ar-Rahman, Parit Melana Durian Tunggal untuk berceramah menyampaikan dakyah politiknya namun dihalang oleh para kariah dan penduduk kampung.

Kekecohan dalam masjid berlaku apabila Wan Ji berkeras untuk meneruskan ceramahnya walaupun diminta berhenti.

“Kalau Wan Ji berjiwa besar, dah tahu orang marah buat bantahan, dia akan terus pergi. Dan kekecohan tak akan berlaku,”

“Tapi sebaliknya Wan Ji berkeras juga kerana mahu meneruskan agenda DAP nya dalam masjid,” tulis pengelola laman Facebook tersebut.

Paparan video tersebut turut mengandungi aksi tolak menolak antara kariah masjid dan pihak polis kerana tidak puas hati terhadap Wan Ji yang dibenarkan ceramah dalam masjid.

Akaun Facebook itu juga mendakwa Wan Ji baru sahaja mendapat tauliah dari Timbalan Mufti Negeri Melaka pada 20 Julai 2019.

Wan Ji pernah menimbulkan kemarahan umat Islam atas kenyataannya yang menyatakan ‘mi kari tak ada di syurga’.

Pada September 2017, Wan Ji dilantik sebagai Pegawai Penerangan pemimpin DAP Lim Guan Eng kerana idealoginya yang bertepatan dengan falsafah DAP yang mahu raja dan sultan, dihapuskan di negara ini. – NTHQiBORD, 22 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Lainkali..nk pesan kpd para jemaah masjid, klu ada org politik nk ceramah ttg isu2 politik dlm masjid, hangpa blah aja lh, tak payah tggu…biar dia dan pengikutnya saja dgr ceramah tu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.