KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dijangka dibebaskan hari ini.

Haziq dan Farhash yang ditahan reman adalah bagi membantu siasatan kes video intim yang disebarkan baru-baru ini.

Pembebasan mereka itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Menurut Huzir, mereka akan dibebaskan dengan jaminan Polis.

Selain daripada itu, seorang lagi rakan Farhash yang turut ditahan di Masai, Johor juga akan dibebaskan.

“Ketiga-tiga mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Dijangka waktu dibebaskan kira-kira jam 3 petang.

“Manakala, seorang lagi individu merupakan ahli perniagaan yang ditangkap di Shah Alam sebelum ini akan tamat reman esok,” katanya dalam satu kenyataan. – 23 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.