JIKA dahulu Malaysia takut dengan cerita hantu pocong, hantu raya, hantu orang minyak, hantu kak limah dan sebagainya, kini mereka “naik hantu” dengan misteri “hantu” air di Selangor dan “hantu” gajah dalam video seks.

Hantu-hantu ini menghuru-harakan politik negara sehingga memaksa Ketua Polis Negara campur tangan dan memberi pandangan berkaitan ketulenan video, bukan unit forensik.

Walaupun kisah “hantu” air sudah berlarutan di Selangor lebih sedekad dan kisah “hantu” dalam video seks pula baru lebih sebulan, sinonimnya kedua-dua “hantu” ini meloyakan tekak rakyat.

Hari Jumaat, kerajaan PH salahkan pencemaran sebagai perkara biasa di Selangor.

Pagi hari Isnin, kerajaan PH salahkan syarikat lombong milik kerajaan PH Selangor sebagai pensabotaj kerajaan PH.

Petang hari Isnin, kerajaan PH salahkan pemancing.

Mungkin esok kerajaan PH akan salahkan CCTV dan tidak mustahil jika lusa kerajaan PH akan salahkan Datuk Seri Najib, UMNO dan 1MDB.

Rakyat kagum dengan kecekapan pihak PDRM yang berjaya mengesan elemen pencemaran dalam air dalam tempoh hanya sehari.

Namun begitu, rakyat hairan kenapa “gajah” dalam bilik hotel yang terpampang di dalam video gagal dikenalpasti walau sudah lebih sebulan berlalu?

Persoalannya, Haziq telah mengaku bahawa beliau individu yang terlibat dalam video tersebut dan ia disertai dengan bukti video, namun Haziq tidak disiasat atau didakwa kerana sodomi (semburit).

Sebaliknya Haziq ditahan reman selama sembilan hari atas kesalahan jenayah menyebarkan video.

Mengapa Haziq tidak disiasat atas kesalahan sodomi (semburit)?

Bukankah jika Haziq disiasat atas kesalahan sodomi (semburit) bermakna ia akan membuka peluang lebih baik untuk pihak PDRM mengenalpasti dan menyoal siasat pasangannya?

Mungkin elok juga rakyat Malaysia buang sahaja segala kelengkapan kamera CCTV di premis mereka jika pihak polis di negara ini tidak mampu menyelesaikan kes semudah ini.

Terdapat pelbagai mekanisma siasatan yang boleh digunakan bermula dari pengecaman dalam video, CCTV hotel, rekod hotel, saksi di hotel, DNA di tilam dan sebagainya.

Amat menyedihkan apabila Ketua Polis Negara hanya mampu menyatakan bahawa penyiasatan ke atas video seks tersebut hanya membuang masa pihak PDRM.

Akhirnya, Ketua Polis Negara umumkan penemuan pihak SKMM bahawa video seks tersebut tulen tetapi pelakunya bukan Azmin Ali kerana keputusan pengecaman tidak menunjukkan 100 peratus ia Azmin.

Jika bukan 100 peratus, rakyat perlu tahu berapa peratusan sebenarnya? Adakah 10 peratus, 50 peratus, 80 peratus atau 99 peratus? Nyatakan peratusan sebenar.

Mengikut sejarah Malaysia, Perdana Menteri sendiri akan berjumpa dengan saksi dan mangsa yang terlibat dengan kes sodomi (semburit) walaupun ketika itu tiada langsung bukti video.

Siasatan kes sodomi (semburit) oleh Perdana Menteri sendiri pernah berlaku di Malaysia pada tahun 1997. Ia bukan amalan baru.

Peliknya di Malaysia Baharu, Perdana Menteri bukan sahaja tidak menyiasat atau cuba mengecam wajah pelaku melalui iphone miliknya, sebaliknya Perdana Menteri melabel penyebar video tersebut sebagai penjenayah politik pula.

Hari ini Tun Mahathir membuat kenyataan luar biasa apabila dipetik oleh FMT sebagai berkata “Saya tidak alan membiarkan diri saya dipergunakan untuk menyingkirkan Azmin”!

Persoalan berikutnya, siapakah pula yang mempergunakan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim pada tahun 1997?

Adakah ketika itu Tun Mahathir membiarkan dirinya mempergunakan dirinya sendiri untuk menyingkirkan Anwar?

Soalan saya, adakah Tun Mahathir melihat semua isu dalam negara ini sebagai isu politik?

Saya fikir ini bukan solan politik tetapi soalan tentang kebenaran. Rakyat Malaysia tidak boleh menerima ahli politik yang amalkan semburit. Ia bertentangan dengan agama dan budaya sosial masyarakat Malaysia.

Ketua Polis Negara melemparkan tuduhan bahawa video seks tersebut sengaja dipolitikkan oleh parti pembangkang, namun yang berperang di media arus perdana adalah Azmin dan Anwar!

Azmin menyarankan Anwar melihat wajahnya di cermin sebagai balasan kenyataan Anwar yang mencadangkan Azmin meletakkan jawatan.

Azmin juga mendakwa dia tahu siapa dalang yang merakam dan menyebarkan video tersebut selepas Setiausaha Politik Anwar direman.

Rakyat tidak mahu tahu siapa penyebarnya, rakyat mahu tahu sama ada pelaku di dalam video tersebut adalah Azmin sendiri atau “hantu gajah”? – 23 Julai 2019

ANINA SAADUDIN
Presiden Empirikal Malaysia

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Kambus Mahathir Mohamad hidup2.Dalam tanah, bawah tanah atau di atas tanah dia lah yang telah durhakakan negara Malaysia yang okay sewaktu jajahan Najib Tun Razak.
    1)Sudahkah Mahathir pulangbalik ‘Paspot Perjalanan Antarabangsa’. ??
    2)Bila kah Mahathir nak recommend gelaran ‘Tun’ kepada Najib Tun Razak yang seorang Negarawan sejati tulen??
    Kambus Mahathir Mohamad yang telah rancang dengan bergitu terperinci Keruntuhan Kerajaan Barisan National yang telah saya mengundi sejak 1974. Mahathir tidak faham keaniayaan ke atas Najib Razak di rasai oleh semua rakyat penyokong BN Nakib Razak BOSSKU??

    Goreng Mahathir Mohamad, saya mendesak.
    OTAK NYANYUK nak bagi kita gula2 suruh tukar parti supaya kita jadi seprti’Kacang lupakan Kulit’ !!!!!!!!

    Hidup UMNO-PAS-BN!!!!!!!!
    Amen, Yahmein, Aammiinnnn…
    Saya jemu perbuatan2 jijik Mahathir Mohammad selama ini
    dari pemerhati
    LuxDe Silva
    Kuala Lumpur

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.