DALAM beberapa hari ini, saya terlibat dalam banyak perbincangan, khususnya yang berkaitan politik.

Tentunya, kerana saya antara tokoh awal dalam Parti Keadilan Rakyat (Parti Keadilan Nasional ketika itu) dan gerakan reformasi.

Saya ketika itu antara beberapa orang penting mengerakkan gerakan reformasi bersama sahabat saya Ezam Mohd Nor

Saat ini nampak jelas dan terang ada petempuran dan ketegangan politik antara kem Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apapun yang dikatakan oleh Tun M tentang janji dan sebagainya kepada Anwar tidak dapat dipercayai oleh Anwar juga kem yang bersama Anwar.

Kes Azmin datang tanpa dijangka dan menjadikan hubungan Tun M dan Anwar semankin rumit dan kusut.

Setelah saya di jemput oleh rakan untuk turut sama memberi pandangan maka saya dapat rumuskan perkara ini dengan beberapa asas yang boleh difikirkan.

1. Saya berkeyakinan apa yang berlaku terhadap Anwar ini iaitu terlalu sukar untuk menjadi PM, kerana ia di sempitkan oleh Allah SWT. Kenapa begitu? Asbabnya masalah moral yang saya sendiri yakin bahawa Anwar terlibat seperti yang diperkatakan

2. Peluang Anwar untuk menjadi PM bukan terletak di tangan Tun M ataupun PH, tetapi sejauh mana beliau telah selesaikan urusan bersama Allah SWT.

Saya berharap ada perkembangan baik selepas beliau menunaikan haji. Peluang beliau untuk meletakkan diri beliau kembali mendapat keizinan daripada Allah SWT.

3. Saya melihat Tun M secara peribadi dan dalam hati beliau memang tidak akan serahkan jawatan itu kepada Anwar. Kenapa jadi begitu, antara sebabnya ialah tentang keselamatan keluarga, terutama dalam perniagaan.

Semua anak Tun M dengan jelas tidak keyakin Anwar akan menjaga mereka dari segala segi. Ayat yang lebih tepat mereka belum yakin Anwar dan pasukannya tidak akan membalas dendam.

4. Kita hanya melihat daripada sudut tersurat, yang tersiratnya ialah Allah mengaturkan segalanya melalui Tun M supaya tidak membenarkan Anwar menjadi pemimpin umat Malaysia. Hanya Allah sahaja maha mengetahui sebabnya, tetapi begitulah keadaannya sekarang.

5. Walaupun begitu, Tun M menghadapi laluan agak sukar untuk menyekat Anwar kali ini disebabkan beberapa faktor. Tun M telah menambah musuh terhadap dirinya berbanding semasa dia bersama BN.

Di dalam PH Tun M tidak sekuat semasa dia bersama BN. Parti Bersatu tidak cukup kuat berbanding DAP dan PKR, walaupun PKR berpecah.

6. Tun M boleh berjaya menyekat Anwar hanya dengan isu keselamatan atau ada kes jenayah atau kes polis yang boleh dikaitkan dengan Anwar.

Berlandaskan kes Azmin dan dapat dilihat bahawa semua kenyataan mereka menjurus kepada mencari sesuatu isu yang boleh menyebabkan Anwar terdakwa. PDRM tetap dipergunakan oleh Tun M.

Tetapi saya yakin dan percaya jika Anwar bertaubat nasuha dan bermohon kepada Allah SWT dan tidak lagi berbohong kepada Allah dan rakyat. Dia boleh mencapai cita citanya. Tetapi jika sebaliknya. Kekallah sebagai bakal PM selamanya.

Dan yang lebih menarik, Anwar dan Azmin akhirnya bersama-sama menjadi insan di Malaysia dilihat ramai penyokong tetapi mempunyai kehidupan yang sunyi dan tidak mendapat “jiwa yang tenang sepanjang hayat”. 23 Julai 2019

HAMDAN TAHA
Penganalisis Politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.