KOMEN Tun Mahathir Mohamad dalam blognya mengenai isu video Azmin-Haziq amat berbahaya.

Pada beliau moral tidak penting dalam politik.

Kerana pada Tun Mahathir, video itu bukan masalah moral.

“Ia masalah politik. Saya akan selesaikan secara politik”.

Apakah rakan rakan dalam PKR dan PAN setuju?

Sepatutnya keutamaan beliau adalah kebenaran dan moral.

Kalau kepentingan politik keutamaan beliau, tidakkah Tun M membiarkan negara ini dipimpin oleh orang yang tidak bermoral?

Sedangkan dulu, Tun M pernah berkata saya tidak akan benarkan peliwat memimpin negara.

Tun juga menyatakan Jepun maju kerana nilai. Sebab itu mereka menjadi bangsa bertamadun. Tetapi dalam kes video ini, kenapa bercanggah?

Dalam komennya itu, Tun M juga berkata saya boleh singkirkan individu yang jadi sasaran kerana kuasa di tangan saya.

Apakah itu bermakna, Tun sanggup salah guna kuasa?

Tun perlu dingatkan, inti kepada ajaran Islam ialah akhlak.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak” (Abu Hurairah R.A).

Tun, jangan jadikan Malaysia Baru seperti “Negara Edan”, meninggalkan rakyat dalam kepungan “api dan asap”.

DATUK DR MOHD PUAD ZAKARSHI,
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

  1. Aku mmg dah lama tak percaya kat mahathir ni. Dulu dia mmg idola aku… Tp skrg…nampak sangat dia ni dah tua, nyanyuk, cakap berbelit…suka maki orang yg x sehaluan dgn ya….rasanya dah hitam hati dia tu.

  2. aku rasa dia segaja cakap mcm tu, sebab ada usha parti dalam ph cuba nak hancurkan bersatu secara terancang. ada sindiran dekat seseorang yg sedang jalankan aktiviti tamak dan mengikut nafsu. yg bermasalah sekarang pada aku pkr je. parti yg lain terkesan tapi masih stabil. korang kene ingat masa dia lpas pm zaman umno. pak lah pon banyak buat kerosakan. jgn silap pak lah pon terlibat pasal undang2 tukar agama dan bersekongkol dengan ambiga. masa najip licin pelbagai tabung terutama untuk org melayu dan islam. beliau ada usaha tgah perbaiki kerosakan yg dah lma dalam masa singkat. magic… tapi beliau tertekan apibila parti dalam ph ni ada yg suka buat kecoh. aku pasti ramai bekas menteri dalam umno ada kaw team dengan anwar supaya cepat tukar pm kepada yg tamak ni. bila yg tamak ni naik kusa maka yg bakal nk kne dakwa esok trus tutup kes. masa tu pas dan umno boleh terima la lgbt. korang ingat skit menteri umno ni dah lma rembat duit bukan skit2 plak tu ada simpan kat luar negara lagi. jadi tun nk pastikan sebelom beliau serah kuasa dan lpas jawatan barisan menteri dan ketua pengarah biarla bersih dan x takutkan kuasa dan tekanan dari menteri. knapa perkara berlaku lpas perlantikan lathefa koya sedangkan dia org pkr. sebelom ni. yg x senang kebanyakan org pkr. lathefa sebenarnya dah lma nk tinggalkan pkr apabila dia nmpak krisis rasuah dalaman x ubah mcm umno berpuak2. dan dia ni x de pro mna2 geng dalam pemilihan parti. lagi 1 ak nmpak air muka w. azizah mcm x beres je. korang jgn ingat pemimpin umno sekarang ni nk pimpin lagi. klau anwar da naik jdi pm masa semua yg ada agenda ni akan kata kami akan sedia bgi yg muda galas t. jawab dalam parti sebab mereka dah selamat x didakwa. jgn muda nk maki. ko tgok org umno ada x serang anwar sekaramg ni. azmin ni ibarat penghalang jln anwar nk naik jdi pm. sedangkan tun x de dan perna ckap nk lpaskan kt azmin. tadi atas desakan geng umno yg bermasalah tu dan psikologi sekeliling maka ada keizinan dari bakal pm juga pasal tersebar video ni. sekarang media bebas jdi certa ni jdi mainan dan propa. untuk alih perhatian masarakat yg benar hendak ditutup rapi yg fitna dan tipu jadi real. kita berada di akhir zaman. so kurangkan maki hamun media luar negara dah tunjuk psal kehancuran global umat islam yg perjuang aliran sunnah sedang dibunuh terang2 dalam siang hari x de negara islam yg power nk bela. tapi media kita asik dengan kes politik yg x nmpak ada kesudahan. tujuan besar nk hancurkan pemimpin yg baik semata mata. masa umno klau media mcm ni confirm dan kne band. so buka la luas2 hati tu. klau umat islam kita cuma ada allah s. b. t.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.