MOHAMAD Sabu dikecam teruk kerana memungkiri janjinya yang baru dibuat kira-kira tiga bulan dulu.

Pada April lalu, Menteri Pertahanan itu yang dikenali dengan nama manja Mat Sabu mengumumkan untuk menghentikan amalan mengurniakan pangkat kehormat dan pemakaian seragam kepada ahli politik serta selebriti.

Malah katanya Kementerian Pertahanan telah menghentikan amalan pemberian dan pengurniaan pangkat kehormat selain daripada anggotanya sendiri.

Namun, hari ini Mat Sabu dalam satu post di Facebooknya menunjukkan beliau memakaikan pangkat kepada Ketua Melaka, Adly Zahari yang juga  Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Hal itu mengundang kecaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyindir Mat Sabu menerusi kenyataan dalam Twitternya.

“Tiga bulan je, janji sendiri dah dicapatikan.

“Menteri Besar PH Selangor dan Ketua Menteri PH Melaka diberi pangkat kehormatan Brigadier Jeneral oleh Mat Sabu sendiri.

“Kalau suka mereka pun, sekadar belanja makan kari kepala ikan, cukuplah. Ni siap bagi pangkat,” sindir Najib.

Selain itu, Ketua Biro Bahasa Melayu MCA Perak, Cally Ting turut menyindir Mat Sabu dengan berkongsikan status Presiden MCA, Wee Ka Siong yang mengecam tindakan menteri dari parti AMANAH itu.

“Cakap tak serupa bikin oi,” kata Cally.

Dalam kenyataan Ka Siong, beliau menyindir pemberian pangkat tentera itu kepada Adly dan Amirudin.

“Mat Sabu mudah lupa.

“Hebat! Tapi di sangka panas sampai petang, rupanya hujan di tengahari,” kata Ka Siong. – 23 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.