“JANGAN hubungi PMO (Pejabat Perdana Menteri) lagi.”

Itu antara perbualan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu yang didedahkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Perbualan itu adalah sebahagian daripada ‘komplot’ terhadap akaun kad kredit dan akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Pasukan peguam bela Najib yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat pendedahan mengejut itu, sekali gus memerangkap pihak pendakwa raya berkenaan bukti penting tersebut.

Shafee dan pasukannya, menunjukkan perbualan telefon antara Jho Low dan Joanna itu, sebagai bukti penting yang diambil tanpa pengetahuan pihak pendakwa raya apabila menghantar bukti digital itu kepada mahkamah.

Joanna merupakan saksi ke-54 kes perbicaraan bekas perdana menteri itu dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap akaun peribadi dan kad kredit Najib.

Berdasarkan pendedahan perbualan yang bertarikh 22 Mac 2013, Jho Low didapati mengarahkan Joanna agar tidak memberitahu sebarang maklumat terutamanya berkaitan penyata bank kepada Najib atau PMO tentang akaun bekas perdana menteri itu.

Joanna mengakui transkrip perbualan telefon itu tulen ketika disoal balas oleh pihak peguam bela.

Malah Joanna memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa beliau terikat dengan arahan Jho Low.

Mengulas lanjut mengenai perbualan itu, Joanna memaklumkan kepada Jho Low bahawa setiausaha sulit Najib, Hafiz telah menghubunginya untuk bertanyakan tentang bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil.

Joanna juga memaklumkan kepada Jho Low bahawa Hafiz ada menghubungi pusat panggilan AmBank selepas PMO menerima penyata tahunan akaun Najib dari AmBank dan nama Nik Faisal tertera pada penyata itu.

“Dato Seri (Najib) meminta beliau (Hafiz) untuk menyemak dengan bank memandangkan beliau tidak kenal siapa Nik. Jadi sebab itu Hafiz telefon untuk dapatkan kepastian,” kata Joanna kepada Jho Low.

Kemudian Jho Low membalas: “Anda perlu menguruskan hal ini. Sangat bahaya. Jangan hantar apa-apa daripada akaun itu selepas ini. Terutamanya daripada pengetahuan MNR (kod nama untuk Najib). Tolong beritahu kepada Mr Cheah (Tek Kuang) dan pengurusan kanan dan pastikan tiada siapa boleh akses atau mengambil gambar kad pengenalan tersebut.”

“Jangan hubungi PMO lagi,” kata Jho Low.

Joanna Yu bersetuju untuk menurut arahan Jho Low dengan memastikan Najib dan PMO tidak tahu tentang perkembangan akaun tersebut.

Transkrip perbualan itu diambil dari telefon Blackberry milik Joanna Yu selepas ia dirampas dalam siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) di cawangan AmBank di Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015.

Pihak pendakwa raya dipercayai cuba menyembunyikan transkrip itu daripada pengetahuan mahkamah dan pihak peguam bela.

Joanna juga mengakui bahawa beliau mengendalikan permintaan daripada bekas pengarah urusan AmBank, Cheah untuk mendapatkan beberapa model telefon baharu dari Jho Low sebagai hadiah.

Antara telefon yang diminta adalah dua unit iPhone 5 yang diberikan kepada Cheah yang kemudiannya memberinya kepada seseorang dari BNM. – NTHQiBord, 23 Julai 2019.

8 COMMENTS

  1. Kalau dah tahu nape x buat polis report, nape harus nak drag benda sampai duit felda, Kwap, EPF, hilang, musykil, x kn x de perbincangan,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.