TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan suatu kenyataan berkenaan video lucah dan mungkin merujuk kepada isu yang membabitkan Datuk Seri Azmin Ali.

Kenyataan Mahathir dalam Facebook itu berikutan sering ditanya tentang video lucah tersebut.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu, namun beliau menyatakan bahawa video ini dibuat dan ditular jelas untuk tujuan politik. Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.

‘Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar,” katanya.

Mahathir menjelaskan bahawa tujuannya supaya beliau mengambil tindakan terhadap pelaku dalam video terbabit.

“Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini.”

“Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip,” kata beliau lagi.

Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor.

Baginya Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Mahathir akan menanganinya sebagai isu politik.

Terdahulu, pada 18 Julai, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan analisis Cybersecurity Malaysia mendapati video seks berkenaan adalah tulen, namun proses pengecaman wajah tidak dapat dipastikan 100 peratus.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu sebenarnya sama seperti yang berlaku pada tahun 2011 dalam isu yang video seks yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tahun 2011, Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Ismail Omar juga memaklumkan hasil siasatan video seks itu tulen, namun pengecaman wajah tidak dapat dipastikan 100 peratus.

Akibatnya dalang yang menyebarkan video itu didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda.

Adakah kali ini skripnya sama? Siapakah yang Mahathir maksudkan “perancang”?

Rakyat sedang menunggu, siapa yang kena! – 23 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.