AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menempelak Menteri Kewangan yang membuat kenyataan mahu Sarawak membayar hutang terlebih dahulu senelum meluluskan peruntukan.

Jelasnya, Lim Guan Eng dilihat sangat sombong dan angkuh ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang mahukan peruntukan untuk melaksanakan pembaikan di sekolah daif.

“Guan Eng juga didakwa selalu mengeluarkan kenyataan bodoh seperti mana sebelum ini yang pernah mengatakan Sarawak akan bankrap.

“Dia tidak perlu meminta Sarawak membayar hutang dahulu sebelum meluluskan peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rahman Dahlan, dimana janji Guan Eng yang lantang memberi janji akan memberi keadilan kepada Sabah dan Sarawak.

“Guan Eng umum mereka akan memberi keadilan kepada Sabah dam Sarawak yang kononnya dianaktirikan oleh BN.

“Malah, dia secara terang-terangan mengatakan beliau bersetuju Sabah dan Sarawak diberikan 20 peratus royalti minyak,” katanya.

Jelasnya, pada 26 Julai 2018, The Edge Markets menyatakan jumlah 5 peratus royalti minyak Sarawak ialah sebanyak RM1.58 bilion.

Hal ini menunjukkan penambahan 15 peratus yang dijanjikan oleh Guan Eng dan manifesto PH berjumlah RM4.74 bilion.

Bagi Sabah pula berjumlah 5 peratus royalti minyak menjadikan sebanyak RM1.32 bilion dan tambahan 15 peratus pula berjumlah RM3.96 bilion.

“Tahun pertama beliau sebagai Menteri Kewangan, dia ambil RM82 bilion dari Petronas.

“Saya pasti kebanyakan daripada duit itu datangnya dari keuntungan Petronas di perairan Sarawak.

“Guan Eng juga perlu tunaikan janjinya untuk memberi tambahan 15 peratus royalti minyak (RM3.96 bilion) kepada Sabah,” katanya.

Tambah Rahman Dahlan, Guan Eng seharusnya menunaikan janjinya terlebih dahulu dengan membayar tambahan royalti minyak 15 peratus kepada Sarawak.

“Jadi dia tidak sepatutnya meminta Sarawak membayar hutang dahulu sebelum meluluskan peruntukan pembaikan sekolah daif di negeri itu termasuklah di Sabah.

“Ia bukan saja dapat melaksanakan pembaikan sekolah daif tetapi juga hutang Sarawak kepada Kerajaan Pusat pun akan dapat dilangsaikan sepenuhnya,” ujarnya. – 23 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.